Dalam kek pun ada ulat


Terkejut..ni adalah email yang aku baru terima,just nak kongsi dgn korang semua,tapi tak tau le betui ke idak !

Orang ramai yang 'kepingin' menikmati keenakan hidangan di
Secret Recipe haruslah berwaspada dan menitik berat soal kebersihan dan
kualiti produk yang dikeluarkan bukan hanya sekadar menilai dari sudut
luaran sahaja.

Itu senario yang berlaku kepada seorang penggemar kek yang terpaksa menanggung kesakitan kerana termakan "kek berintikan kulat." Penggemar
tersebut kesal apabila tertipu oleh sebuah syarikat pengeluar kek
antarabangsa dan terkemuka kerana menjual kek yang berkulat.

Mangsa mendakwa tertipu dengan kek dan bungkusan yang menarik selepas
membeli kek itu di sebuah kedai kek Secret Recipe di Bukit Bintang.
Menurutnya, beliau keluar membeli kek tersebut di kedai kek Secret Recipe
pada 3 Januari lalu sekitar jam 10.53 malam. Beliau kemudiannya membeli
dan
terus pulang ke rumah untuk dimakan bersama keluarga tetapi setelah
separuh
kek dimakan, beliau mendapati bahagian dalaman kek itu telah berkulat.

Akibatnya, beliau bersama keluarga terpaksa dikejarkan ke klinik selepas
muntah dan cirit-birit berlarutan dari pagi hingga ke petang. PPIM juga
menerima aduan dari orang ramai yang was-was dengan status halal Secret
Recipe kerana disyaki mengandungi bahan terlarang dalam ramuan kek
keluaran
syarikat tersebut.

Setelah aduan dibuat dan perbincangan antara pihak PPIM dengan Secret
Recipe, Secret Recipe telah menawarkan habuan berbentuk baucer bernilai
RM200.00 kepada PPIM untuk menutup kes ini.

Sungguh tidak wajar sekali syarikat itu menilai kepentingan pengguna hanya

dengan baucer bernilai RM200.00. PPIM tidak akan berkompromi dengan
mana-mana pihak yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan pengguna
selaras dengan tanggungjawabnya sebagai sebuah persatuan yang melindungi
pengguna dari perbuatan khianat pengusaha-pengusaha yang tidak
bertanggungjawab.

0 comments: